Quantcast
Channel: http://www.usahawan.kom.my » Buat Duit Di Internet
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8

4 Langkah Menuju Kejayaan

0
0

Hari ini saya ingin berkongsikan 1 prinsip yang saya guna pakai apabila mencuba sesuatu yang baru di dalam hidup saya. Ianya sesuatu yang agak biasa.. tetapi ramai yang terlepas pandang mengenainya. Insyallah.. dengan mengetahui prinsip ini, jiwa anda akan menjadi lebih kental dan tidak akan mudah putus asa apabila melakukan sesuatu perkara.

Sedar atau tidak… apabila kita sedang berusaha melakukan sesuatu dalam hidup kita, kita selalunya akan melalui 4 proses.. atau peringkat.. atau langkah.. atau.. erm…. whataever lah… tapi yang penting.. memang ada 4.

Kepercayaan

Sebelum kita melakukan sesuatu, perkara pertama yang perlu kita miliki ialah kepercayaan terhadap perkara tersebut. Ya!.. itulah juga perkara pertama yang disematkan ke dalam jiwa setiap insan ketika Nabi Muhammad menyebarkan ajaran agama Allah.

Contoh lain, jika anda ingin buat duit di internet.. anda perlu percaya dengan yakin terlebih dahulu bahawa.. “Anda memang boleh buat duit di internet”.  Kita tidak akan melakukan sesuatu perkara jika kita tidak percaya terhadapnya.

Kepercayaan ini boleh diperolehi menerusi pembacaan, penglihatan, pendengaran ataupun pengalaman sendiri. Anda pernah terbaca ada orang yang buat duit di internet, anda pernah lihat dan dengar kisah orang buat di internet.. dan apabila anda pernah mengalaminya sendiri.. kepercayaan itu akan menjadi lebih kukuh.

Begitu juga jika anda mahu berkahwin 4, maka, anda perlu percaya dengan yakin bahawa anda memang boleh dan mampu berkahwin 4.. oh!

Strategi / Perancangan

Setelah kita percaya terhadap sesuatu perkara, kita perlulah mempunyai perancangan dan strategi. Kita perlu merancang bagaimana kita hendak melakukannya. Seperti yang selalu kita dengar.. Tidak merancang, bererti.. merancang untuk gagal. Jadi.. merancanglah. Pada peringkat ini, anda perlukan banyak ilmu, lebih banyakkan membaca dan menuntut ilmu pada peringkat ini.

Bertindak & Berusaha

Setelah anda percaya dan mempunyai perancangan, langkah seterusnya adalah berusaha. Berusahalah dengan gigih mengikut rancangan yang telah dilakukan. Ini adalah peringkat dimana anda perlu bertindak dan berusaha melakukannya dengan sebaik mungkin.

Jadai.. Jangan lupa mengedarkan kad nama anda setiap kali terjumpa awek yang menawan! (bagi yang merancang ingin berkahwin 4)

Hasil

Setelah berusaha… maka.. akan terhasillah “hasil”nya. Disini..  Jika hasil yang diharapkan tidak begitu memberangsangkan… selalunya ramai yang akan mula kecewa, kecundang, putus asa dan sebagainya.

Perkara pertama yang perlu anda lakukan apabila hasil yang diperolehi tidak memberangsangkan ialah.. “Tingkatkan Usaha”.. kemungkinan besar, usaha yang anda lakukan adalah tidak mencukupi. Contohnya, apabila tiada jualan yang terhasil… kemungkinan besar usaha promosi anda tidak mencukupi.. maka. lakukan lagi usaha promosi dengan lebih giat lagi.

Ataupun.. jika tiada seorang awek pun yang berminat untuk berkenalan dengan anda.. tingkatkan usaha lagi.. edarkan lebih banyak lagi kad nama.. mungkin anda perlu edarkan juga kad anda kepada makcik kantin atau makcik cleaner.. tapi jangan lupa cakap pada makcik tu “Sila berikan kad saya ini pada anak dara makcik yang paling cun!”.. oh!

Tetapi,  setelah berusaha bermati-matian, hasil yang diperolehi masih mendukacitakan. Maka.. tibalah masanya untuk anda “Mengubah Strategi/Perancangan” … mungkin strategi atau teknik yang anda lakukan tidak betul.  Contohnya, menghantar email SPAM. Strategi pengiklanan sebegitu memang tidak berkesan.. jadi anda perlu mengubahnya.

Contoh lain.. ubah strategi.. dari memberi kad nama, mungkin anda perlu tukar dengan memberi bunga atau coklat?.. atau handphone?

Setelah mengubah strategi.. lakukan semula “tindakan & usaha” dengan sebaik mungkin…. insyallah anda akan berjaya.

Jika masih gagal juga.. tingkatkan usaha sehingga sehabis mungkin… jika gagal.. ubah strategi lagi dan kemudian.. usahakan semula dengan usaha yang terbaik sehabis mungkin.

Namun setelah 4-5 kali mengubah strategi dan setiap strategi telah di usahakan dengan sebaik mungkin.. tetapi masih gagal. Maka barulah anda boleh mengubah kepercayaan anda. Mungkin anda memang telah ditakdirkan tidak boleh berkahwin 4. Maka, carilah kepercayaan yang baru dan usahakan pula kepercayaaan anda yang baru itu. Mungkin kahwin 2 je?

Itulah peringkat-peringkat yang akan dilalui oleh seseorang apabila mereka percaya terhadap sesuatu.

Tidak kiralah sama ada kepercayaan itu betul atau tidak, mereka pasti akan melalui 4 peringkat diatas itu.

Ada orang percaya..mereka boleh kaya dengn melakukan perniagaan internet

Ada orang percaya.. mereka boleh kaya dengan melakukan perniagaan pasar malam..

Ada orang percaya.. mereka boleh kaya dengan menjalankan perniagaan  MLM.

Ada orang percaya.. mereka boleh kaya dengan menyertai skim-skim pelaburan..

Ada orang percaya.. mereka boleh jadi kaya dengan menyertai skim cepat kaya..

Apa-apa pun yang anda percaya.. saya nasihatkan anda agar tidak mudah mengubah kepercayaan anda.
Ramai orang yang melakukan kesilapan ini.. dimana.. apabila mereka melihat hasil yang diperolehi tidak seperti mana yang diharapkan. Mereka akan terus mengubah kepercayaan mereka.

Itu adalah sesuatu yang silap.. sepatutnya, mereka perlu terlebih dahulu tingkatkan usaha, jiika gagal, ubah pula perancangan.. usahlah terlalu mudah untuk mengubah kepercayaan. Takut-takut.. anda akan sesat dan terus berada di dalam kegagalan.. :)

Dan.. kepada mereka yang risau melihat rakan mereka yang mempunyai kepercayaan yang silap (percaya terhadap skim cepat kaya).. anda tidak perlu risau.. lambat-lain, rakan and aitu akan sedar juga.. kerana, kepercayaan yang silap akan sentiasa membawa kepada kegagalan..

Sekian, yosh!

Sumber


Viewing all articles
Browse latest Browse all 8

Latest Images

Sarapan Menu Slovenia

Sarapan Menu Slovenia

Sarapan Menu Slovenia

Sarapan Menu Slovenia

Sarapan Menu Slovenia

Sarapan Menu Slovenia

Sarapan Menu Slovenia

Sarapan Menu Slovenia

Sarapan Menu Slovenia

Sarapan Menu Slovenia

Sarapan Menu Slovenia

Sarapan Menu Slovenia

Sarapan Menu Slovenia

Sarapan Menu Slovenia

Sarapan Menu Slovenia

Sarapan Menu Slovenia

Sarapan Menu Slovenia

Sarapan Menu Slovenia

Sarapan Menu Slovenia

Sarapan Menu Slovenia